Tuesday, December 3, 2013

| sesuatu

Bismillahirrahmanirrahim

REALITI

Kadangkala aku sengaja selerakkan meja study. Tapi aku tahu, aku tak betah dengan keadaan begitu. Jadi, dalam sebentar sahaja, semuanya aku sort ke tempatnya. Lagi-lagi bila menghampiri exam, kalau boleh aku nak label semuanya supaya senangcapai dan mudahsusun.

Keadaan begitu jualah dapat aku samakan dengan hidup. Hidup yang tersusun pastinya dengan perancangan dan langkah yang tersusun dan kemas. Dari situ boleh lihat ketekunan, kepaduan, kemantapan seseorang. Dari situ matlamat hidup nampak lebih jelas dan diri boleh melangkah dengan lebih bergaya dan hebat.

Semuanya dalam aturan Allah jua. Yang penting usaha, kemudian doa dan tawakkal. Doa itu harus setiap waktu. Seiring dari mula hingga akhirnya. Aku tahu doa nampak macam ajaib, tetapi memang begitulah doa. Senjata dan satu cara perhubungan direct kepada Allah yang Maha Mengetahui segala yang rahasia.

Sedangkah burung-burung pun ada jadual rutinnya mencari makanan, manusia juga harusnya begitu.  Sedangkan yang menaip ini pun masih dan masih berusaha mengotakan kata. Takayyuf. Adapt. Aku tahu Allah melihat usaha kita sebenarnya.

Realitinya, aku masih lagi dalam satu proses penyesuaian yang kukira amat amat mengajarkan aku sesuatu erti. Dan kukira contenganku ini mampu membawa satu gambaran buat yang menghadam dan meladeni aksara-aksara di sini

AQIDAH - UKHUWWAH - DAKWAH

Semalam ada satu forum tertutup Biro Dakwah Jilul Muassir anjurkan. Panelis 2 syabab dan 1 akhawat bersama moderator yang juga syabab. Panelis-panelis begitu cermat mengupas isu-isu ukhuwwah dan membawa perkaitan yang mendalam tentang ukhuwwah dan aqidah juga dakwah.

Aku pernah terdengar: "Bukanlah ukhuwwah itu yang harus diperjuangkan. Tetapi aqidah lah yang mesti diperjuangkan. Kerana aqidah adalah asas ukhuwwah"

Hakikatnya ukhuwwah perkara yang dilihat remeh, hanya membawa erti persaudaraan sesama manusia, tetapi persaudaraan ini hanya terbentuk dengan baik jika aqidah kita padu. Serius, tak tipu. Dan ukhuwwah pula menjadi asas yang penting dalam dakwah.

Bolehlah kita sama-sama mentadabbur surat cinta-Nya al-Hujurat terutamanya ayat 10-13 untuk meneliti virus-virus ukhuwwah yang boleh terjadi dalam sesuatu perhubungan persaudaraan.

SESUATU

Kerana apa pun yang terjadi dalam hidup kita ini sebenarnya adalah sesuatu. Sesuatu yang mungkin bahagia, duka, aneh, ajaib, unexpected dan macam-macam lagi. Ketahuilah juga bahawa semuanya terjadi atas kuasa-Nya. So, keep smiling. Ucapkan alhamdulillah. Tahmid itu adalah untuk memuji-Nya atas senang susah yang diberikan-Nya. Kerana susah senang yang ditakdirkan itu hakikatnya mengajarkan sesuatu, bukankah begitu?

Kerana membuatkan yang lain bahagia itu sebenarnya satu kebahagiaan buat kita kan?



PUISI DI SISI PERJALANANKU (II)

di tempatku
di tempatmu
kita ditakdirkan
hakikat
yang penuh nikmat

Wallahua'lam :)

No comments:

Post a Comment