Tuesday, August 12, 2014

| secebis

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah. weekend lepas semangat gotongroyong dengan kak min untuk bersihkan rumah. part paling XD (huhu) sekali ialah menyental minyak2 di lantai dapur. Allah. Kak min kata, cuba ingat balik tentang hadis nabi yang umpamakan tentang org yg solat dan tak solat. orang yg solat diumpamakan dengan org yang mandi 5 kali sehari, tentu dirinya bersih dan suci dari noda-noda. bagaimana kalau org yang tak solat kan? sobs

lepas tu ada malam solidariti gaza. berkolaborasi dengan haziyah :') saja mendeklamasi.

lepas tu ada juga pergi haflah taqdiriyyah utk musabaqah quraniyyah anjuran musolliyatunnur :) alhamdulillah. :) Allah caskan diri ini dengan semangat2 quraniy. moga aku terus juhud iadah quran dan memahaminya dgn hati :') amiiin

in sha Allah imtihan nihaie mula esok. lepas tu 21 hb akan pulang ke tanah air utk spend masa bykbykbyk dengan usati jannati, in sha Allah amiiin (:

may Allah ease. amiin.

Thursday, August 7, 2014

| contengan hati

kaukata kemanusia telah semakin bercambah di bumi gaza

ironinya ketika mana tubuh adik-adik kecil dirobek senjata kimia

tubuh bonda-bonda ditekan senjata terharam

senyummu dari ros putih dinda

kemanusian telah menghidupkan gaza yang tak pernah mati

yang mati hanya jasad

tidak hati

Saturday, July 26, 2014

| Cerita Kita & Sehampar Dia



It was still there. Di bayt ukhti yang aku sayang. Sama macam first time aku sampai situ, benda tu tak berganjak. Macam biasa, fikiran aku 'terbang'. Dan biasanya aku seorang. Tetapi hari itu...

"Eh, kat mana ye Ukraine tu?"

Tiba-tiba, mereka bertiga berkerumun di sampingku. Tangan masing-masing tak boleh duduk diam. Sekejap ke benua Eropah, sesat sekejap di Amerika Selatan, sibuk cari kat Asia Tenggara, kadang di Asia Tengah. Padahal dah tahu negara tu berjiran dengan Russia.

"Sinilah!"

Semua mengangguk. Ohhh.

"Bila jadi kejadian macam hari tu, baru kita tahu dua negara ni ada konflik kan?" dia berkata

"Yup, kalau tak tak tahu langsung"

Khali sejenak. Muhasabah, masing-masing perlu lebih 'buka' mata dan matahati.

"Mana Jordan?"

"Eh, lagi kecil dari Malaysia je nampak?"

Kami senyum.

"Ana nak pergi sini. Doakan eh" tangan cekatan menunjuk negara yang berjiran dengan Perancis.

"Ada apa situ, bukan ada apa-apa?"

"Doakan jelah. Tau tau"

"Oh, sini kan ada Cordoba, Granada semua tu." ukhti ini mencerahkan

"...dan ada Gibraltar" dia menambah

"Rasa macam dah masuk dalam peta lah!" tertawa kecil.

Sebentar di situ, ijlis bina nu'min sa'ah, dengan cara tersendiri. Fantashiru. Bertebaranlah.

Dan aku harap, Palestin tertulis di atas itu selalu. Andai tidak di situ, tulisnya tetap di peta hati semua manusia.

Eheh. Dia. Si peta. Aku cinta kau. Aku harap aku dapat menjejaki negara-negara yang tertulis di atas hamparanmu, biar aku mengambil iktibar. Dengan izin Allah.

Balik ke rumah, sentuhan petang:

"Eh, takkan tak nak share dah berjalan? Rugi tau 'ibrah untuk seorang diri je"

Eheh, terkoyak hatiku. Sobs. Semoga lebih bermurah hati lepas ni. Ni tulisan khusus untukmu kakak, dan umum untuk semua. ;D

QS 62: 10

#29ramadhan1435

Sunday, July 6, 2014

this worldly life - catatan sempena 6 Julai 2014

Astaghfirullah.

Alhamdulillah.

Harini dah dua tahun sejak hari tu. 6/7/12. Sejarah aku dan dia dah lama lagi sebenarnya. Sejak kecik. Mama abah kenalkan aku dengan dia. Antara perkara termanisss dalam hidup aku. Aku belajar mencintai dia. Dari sebelum tadika, naik alam sekolah, terus ke alam kolej. Mama abah mahu aku terus mencintainya dan aku sememangnya begitu setulus hati aku. Dia mungkin terlalu osem sampai aku tak tahu nak gambarkan. Tapi Allah menyaksikan sukaduka aku dengan dia. Ada masa senang, aku rasa sangat bahagia bagaikan naik ke awan dan Allah nak ajar aku bersyukur. Ada masa susah dgn dia, aku tahu, tentu ada apaapa yg Allah nak aku perbaiki pada diri aku dalam perhubungan ini. Kadang tu aku dengan dia samasama dengan kawankawan aku. Kadang tu aku dan dia je. Waktu dan tempat yang saling bersilih. Percintaan ini tak pernah rahsia. Aku terlalu sayang dia. Dan aku akui aku masih belajar semua ini. Percintaan ini. Lebih bermakna pada 6/7/12. Itulah kali pertama aku khatam hafazan aku. Pada usia 20 tahun. Segala puji hanya milik Allah. Aku tak mahu kufur nikmat ini :( Masih terlalu banyak yg aku perlu koreksi. Aku kena lebih rajin. rajin. rajin. Aku kena berjuang untuk cinta ini. Aku nak bersama dia sepenuh hati. Walau aku tahu susah.... Dan sekarang aku memang akan terus cuba. Sampai aku mati. Dan ternyata Allah izinkan aku kenal idq (interaksi dengan quran) kat jordan ni. Hu. Sebak. Terima kasih ya Allah atas cinta ini. Terlalu banyak cinta yg Allah bg dalam hidup aku. Dan ini antara yang paling mengesankan aku dalam hidup ni. Aku mahu menjadi hambaNya yg bersyukur. Samasamalah kita. Doakan aku ye...moga thabat dengan cinta ini :) amin. Jzkk

 #8ramadhan1435 #haveyoutilawahONEjuzutoday #cinta #muhasabah #instagram

Wednesday, July 2, 2014

| sendiri

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah, it's Ramadhan 5. :)

alhamdulillah thank You Allah for the beautiful arrangement you've made.

it's been thick & thin. up & down.

schooldays. DQdays. jamiahdays.

how life brings a loads of meaningful 'ibrah. eheh

just gotta find some time.

cari kawan. jalan jalan. menulis. iadah dengan semangat. study dan fahamkan apa yang belajar.

spend time with my family. <3

i hope my life is a meaningful journey itself to be taught to the generations afterward. oh tinggi impian. tapi Allah selalu dengar doa kita kan.

i miss everything yang aku dah tak rutin membuatnya. duh.

this is a serious muhasabah to ponder upon myself.

banyak lagi nak perbaiki. banyak sangat sangat sangat. yet, one thing at a time, ok?

redha Allah. redha abah mama. bermanfaat untuk ummah.

contengan muhasabah si sonfur.

wallahua'lam.

*Ramadhan al-Mubarak

bekas perjalanan di laluan semalam
adalah kenangan dari ruang diri yang dalam

^^

Friday, June 27, 2014

| Hati Puisi (Fragmen 1)

HATI PUISI (Fragmen 1)
Raehan Intisor

1
SEPERTI selalu, Adib akan menemaninya untuk bertemu denganku. Adib adalah seorang adik yang sememangnya tidak lokek meluangkan masa untuk kakaknya. Dan ya, kakaknya adalah teman karib aku kini yang sangat kukagumi. Belum sempat aku menerawang lebih jauh, novel Naratif Ogonshoto di tanganku terpaksa aku tandakan di helaian yang terakhir aku baca lalu cepat-cepat menaiki bas yang sememangnya tidak terlalu lama ingin menanti aku.

Sesampainya aku di KL Sentral, aku menunggu pula untuk menaiki LRT ke Pasar Seni. Lagu Mustika oleh M.Nasir membuatkan aku leka lagi. Dan aku teringat kali pertama aku menemuinya kerana sebuah janji yang unik.

2
“Saya tunggu awak di sini. Ingat janji kita.”  Nyata dia tegas dalam berjanji. Aku memang sudah siap dengan kemungkinan itu. Pertemuan waktu itu pertemuan yang aneh barangkali. Mungkin kerana janjinya juga aneh dan luarbiasa.

Dalam lautan manusia yang berlimpahan di Pesta Buku Antarabangsa itu, aku runsing di mana akan kutemuinya. Janji mesti dikota. Mataku melilau. Mengekori kejap-kejap bila ada kelibat wanita berkerudung labuh. Ah, tetapi bukan dia.

“Abang Izz? Cari kakak ya?” bahuku ditepuk.
“Awak Adib?” aku inginkan kepastian. Wajahnya nyata mirip kakaknya, mustahil aku tersilap.

Adib mengangguk mesra dan menghulur salam yang hangat dalam ukhuwwah dan temusua kali pertama. Pertama kali berjumpa Adib, aku lihat dia menjinjit beg kertas penuh dengan komik. Adib yang berkaca mata itu seorang peminat tegar komik rupanya. Aku senyum dalam diam. Adib langsung tanpa banya bicara menarik tangan aku. Berjalan laju ke arah kakaknya.

Baiklah, ini kakaknya. Lama sungguh tidak bersua. Di kolej dulu, aku pun tidak mengenalinya dengan sesungguhnya. Hanya kadangkala terdengar nama. Dia masih seperti dulu.

“Ini janji saya,” dia menghulur buku kumpulan puisinya yang pertama. Dia penulis yang sangat unik sehinggakan berjanji pun perlukan puisi.

Aku capai buku itu dengan menukarkannya dengan sesuatu.

“Saya tulis puisi itu pada muka pertama buku nota itu. Harap janji itu tertunailah ya saudari”

Dia senyum sambil menerima pemberianku. Moga ini bukan pertemuan yang terakhir. Sonata puisi kita baru bermula. Seperti itulah baris terakhir puisiku padanya.

Adib meski sudah menjadi pelajar matrik, jelas dia juga  matang dalam pemilihan buku walaupun sangat tegar membaca komik. Kerana komik yang diberikannya juga luarbiasa. Satu puisi dibalas dua naskhah buku. Keluarga pencinta buku rupanya.

3
Dia berbaju kurung coklat bercorak bulat kecil hari ini. Aku maklum itu baju kurung yang dijahitkan ibunya dan dia amat menyayangi baju kurung itu. Adib sungguh banyak juga bercerita kepada aku. Sudah aku anggap Adib seperti adik kandungku sendiri.

“Maaf saya sedikit telat. Novel ini betul-betul buat saya leka ada ketikanya” aku mengakui salahku.

“Tak mengapa, asalkan awak jujur membacanya dengan hati.” seperti selalu dia menghadiahkan ayat yang padat makna.

Di sisi kiri dan kanan, berderetan kedai yang menjual barangan dengan nuansa berwarna coklat. Ada yang dibuat daripada kayu, seperti papan congkak dan kratangan lainnya. Tadi aku terpegun sebentar melihat replika mini caklempong berwarna perak sambil ditemaninya di sisi.

Adib dengan gelagatnya yang banyak berceloteh membuatkan aku tidak punya banyak masa menegur dan bersembang dengan dia. Dia lebih banyak berdiam, namun kadang-kadang dia bacakan baris-baris puisi yang katanya, dia hafal dari hati.

“Awak tahu puisi mana yang saya bacakan tadi?”

Sudah tentu aku menggeleng laju. Aku baru sahaja ingin belajar mengenali aksara puisi yang sangat rahsia.

“Sajak Usia, Siti Zainon Ismail. Awak lupa ya, itu kan sajak kita pernah belajar sewaktu tingkatan tiga?”

Aku buat gaya tangan ingin memohon maaf kerana terlupa. Sungguh kuat ingatannya. Berzaman sudah zaman persekolahan kami tinggalkan.

“Sajak itu tentang hakikat kehidupan, bukan? Bagaimana kita yang seharusnya kenal makna hidup sebelum pergi membawa bekal abadi”  aku tunduk menuturkan itu semua. Aku kenal sajak itu meski aku tidak ingat dengan sebaiknya seperti dia.

“Lama-lama awak akan lebih faham tentang rahsia setiap kata-kata awak tadi. Hati awak hati puisi, Izz” dia senyum tanpa memandangku. Dan dia melangkah ke depan mengejar Adib yang laju meninggalkan kami.

Pasar Seni ini lekas memberikanku kesan nostalgik dalam hati. Meski belum lagi di akhir temu kami.

4
“Saya akan ke Australia sambung pengajian dalam sarjana muda bulan September nanti.” cappuccino itu mengalir laju dalam penyedut minuman berbentuk spiral itu. Entah mengapa, tempat makan yang tadinya aku rasakan bingit tiba-tiba bagaikan terhenti dan sepi.

“Oh ya?” aku mula merasakan nadi puisi berdenyut laju. Wajahku cuba untuk kukekalkan dengan riak tenang,

“Izz mesti sambung belajar juga tahu? Tanpa ilmu, kita ini manusia boleh jadi seperti tin kosong tidak nilai dan makna” deru nasihatnya menujah tepat ke hati. Tepat pada masa.

“Tapi saya tak minat dengan kursus yang saya dapat. Bahasa Inggeris. Saya rasa saya tidak mampu, walaupun saya selalu baca bahan-bahan dalam bahasa itu” karipap di depan Adib aku belah separuh. Wap berbau inti kari daging tidak terendah. Adib memerhatikanku, diam.. Tidak seperti selalu, Adib juga aku dapat rasakan tenggelam dalam celotehnya yang biasanya lebih menghangatkan suasana.

“Lagi pula, saya tidak belajar Bahasa Inggeris seperti awak nanti. Saya hanya belajar di  universiti di dalam negara,” aku benar-benar rasa bagai mahu tunduk dengan sebenar-benarnya.

“Izz, tempat belajar itu bukan soal yang utama. Di mana-mana pun kita boleh menuntut ilmu. Yang penting ilmu itu yang kita cari dan datangi. Awak pernah tak dengar, ilmu itu tidak datang kepada kita tetapi kita yang datang kepadanya, yang menuntutnya, yang mencarinya”

Aku makruf itu kata-kata bijaksana yang pernah aku baca. Dan aku maklum bahawa perjalanan menuntut ilmu tidak habis setelah ijazah sarjana muda  atau kedoktoran sahaja. Berjalan adalah proses panjang sepanjang hayat. Proses yang hanya tamat apabila hela nafas terakhir nanti. Aku teringat pesan ibu dan harapannya yang amat mahu aku terus belajar supaya ilmu itu menjadi lantera dalam hati. Ibu benar-benar membuatkan aku lebih mengerti.

“Awak bila berangkat ke Australia?” aku memandang ke bawah. Aku tahu dia juga begitu.

“Sebulan lagi. Sebelum saya pergi, kita pasti sempat berpuisi lagi bersama Adib, kan Adib?” dia mencubit lengan Adib yang leka memandang kakaknya sedari tadi. Adib mengangguk dengan semangat dan dia senyum kembali.

5
Taman Tasik Titiwangsa. Ah, kami ke sini rupanya. Adib kali ini berkemeja kotak berwarna ungu nyata kelihatan sangat bergaya dan kemas. Aku memujinya dan dia tersengih malu dipuji begitu. Kami berjalan seperti bersiar-siar lagaknya. Adib tidak henti-henti mengambil gambar dengan kameranya. Kadangkala aku mencuit Adib yang terlalu leka, dan dia pun akan tersedar.

Kami akhirnya mencari satu tempat yang sedikit teduh untuk melepaskan lelah berjalan sedari setengah jam yang lalu. Dia berkerudung putih. Lebih diam daripada biasa. Aku pun seolah kekok dan lebih malu. Adib sedang meneliti gambar-gambar yang diambilnya tadi. Sesekali ada nyanyian burung berselang-seli pada khali kami.

“Hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan. Minggu depan awak akan pergi jauh membawa semangat juang. Saya tentunya gembira untuk awak” aku menutur perlahan namun masih kedengaran.

“Dan Allah tak pernah cipta kita untuk tujuan yang sia-sia kan? Sebab itu Allah beri kita peluang untuk terus hidup sampai hari ini. Sebab itu kita masih perlu sambung juang yang belum sudah. Tentu ada tujuan yang kita perlu selesaikan” dia tersenyum sambil mendongak ke atas, melihat kepada dedaun yang menghijau dan ada cahaya matahari yang saling berserakan di celahannya.

“Ayat 115 Surah al-Mu’minun, Izz. Al-Qur’an terlalu banyak rahsia, dan terlalu banyak jawapan yang kita mesti pelajari. Sebelum kita pergi. Live to leave in the best way

Aku mencatat sesuatu dalam buku nota kecilku. Sesuatu yang padat tetapi tepat ke hati.

“Izz?” dia seolah teruja dalam senyuman yang bercahaya. Aku menoleh ke arahnya sekilas.

“Mahu ikut saya dan Adib ke suatu tempat yang istimewa?”

-Bersambung-

Wednesday, June 25, 2014

| momento

Kisah & Momento Madinatun Nabi (Ukhti2Syurga)

"Enti, nanti teman ana ye? Tolong ana, ana ni kecik" seolah bercanda, dalam senyumnya. Aku ingat lagi, itu malam terakhir di situ. Di tanah itu.

Aku melihat dia senyum ikhlas, dia berkerudung putih. Puas aku cari senyum itu sebenarnya sejak awal musafir bermula hinggalah tiba di situ. Dia teramat sangat sibuk untuk menguruskan penempatan semua orang yang turut serta.

Aku angguk.
"Lama tak nampak awak senyum!" aku seloroh di depannya. Dia cuma senyum. Sama.

Sambil menunggu giliran kami, kami perlu duduk di tempat yang disediakan untuk maliziy. Hening. Mungkin aku yang banyak termenung. Tidak semena-mena, sunyi itu dipecahkan dengan sentuhan sirah yang dia hadami dengan hati. Aku jadi sangat malu dan cemburu.

Dia cuba membuat aku membayangkan kedudukan rumah nabi yang asalnya berdasarkan raudhah. Dia cuma menggambarkan di depanku tentang perang uhud. Tentang hijrah. Tentang masjid nabawi yang dibangunkan seiring zaman. Tentang pemergian nabi. Tentang sirah yang bagiku tiada yang tidak menyebakkan. Hmm.

"Siapa dia sahabat yang digelar syahid yang hidup?"
"Thalhah!" *yakin*
"Ye ke?"

Eheh, pandai dia menguji. Begitulah saat-saat malam itu. Aku seka air mata.

"Enti nanti tolong ana eh?" dari raut wajah yang bahagia memang nampak yang dia masih penat.
Aku mengangguk dan lirihnya; in sha Allah.

Malam itu memang sangat amat padat. Maliziy, dengan Turki dan negara lainnya. Siapa yang tidak rindu? Aku, dia, semua; adalah umat yang rindu.

Saat memijak begitu hampir dan dekat, aku jadi terdiam. Dia juga. Menangis dalam diam. Karpet hijau. Dunia seolah terhenti dan aku tidak mendengar apa-apa walaupun hakikatnya sangat riuh. Entah bagaimana.

"Awak, jom doa banyak kat sini" sempat aku membisik. Masa tu sangat amat hampir.
Hening sebentar.
"Enti, nak baca doa apa ye? Hmm, jom baca doa rabithah..."
Aku angguk.

Tunduk. Kami sama menuturkan doa itu. Aku memeluknya supaya dia tidak tercedera atau apa-apa. Peluk kuaterat, Sebak. Doa itu terlalu syahdu...

Bila baca doa tu, aku jadi terbayang-bayang saat pengorbanan nabi yang sangat banyak. Semua macam deruderu pada kilas ingatan. Baginda terlalulalu banyak mencurah cinta. Teringat thaif teringat madinah teringat makkah teringat gua hira' teringat semuasemua tu. Aku malu, kerana aku membayang diri yang hanya apa adanya, sudahnya terlalu pula mengharap syafaat nabi. Hmm.

"Enti nak solat sini tak?" aku menggeleng kerana aku tak mahu dia bersusahpayah. Dalam hati aku tekad "not to hurt anyone", walau macam mana pun jadi. Dapat genggam tangan dia sampai ke situ pun seperti syurga ukhuwwah rasanya. Terima kasih ya Allah.

Itu malam yang sangat momento. Usai sahaja ziarah itu, kami melihat dari kejauhan kubah hijau itu, di menyentuh tentang kitab Muntholaq apabila aku tuturkan pandanganku tentang apa yang aku lihat, dan 'wasiat'kan aku untuk membacanya. Lalu dia pergi kerana terpaksa pulang ke hotel lebih awal.

Aku bersyukur dan aku rindu. Aku dah lama nak tulis ni. Biar jadi tanda istimewa.

Alhamdulillah untuk seorang 'kesayanganku'. Eheh.

(':

*dia back-for-good ogos nanti. in sha Allah. dan aku dah mula rindu dia walaupun dia masih ada kat sini. aku sangat suka dengar dia cakap sebab semua macam mutiara. dan kalau dia rasa macam mana sekali pun, dia tetap akan sabar. (: eheh. jzkk menerima aku seadanya*

49: 10

43: 67

#road2syurga #masjidnabawi #rindu

Tuesday, June 3, 2014

| live to leave


Bismillahirrahmanirrahim

Despite of dapat banyak amat jemputan walimah kawankawan sebatch di DQ dulu, I was thinking something.

Maybe deeper than marriage. (Holah, semua kawankawan pakat cakap pasal zawaj je, tapi bukan semua ambil fiqh zawaj & talaq lagi pun -,- )

Kalau kita flashback dan review balik maratib amal yang ada tujuh tu:



Yup.
Pembinaan individu muslim tu. 10 muwasofat tarbiyah tu.

That is one deep thing. Satu lagi: mati.

Quoted from someone: impikan husnul khotimah tetapi cara hidup kita cara hidup mereka yang husnul khotimah kah? That s one big thing to ponder about.

Manusia dan impian. Manusia dan tindakan. Tuhan, ampuni aku...

Kerana hamba memanghakikat live to leave. leave this dunya. for a definite life. akhirah. hereafter.

wallahua'lam.

P.S: umrah. doakan saya ya ^_^
P.S: some of the thani's result are out. Mumtaz amiiin.

Friday, May 2, 2014

| pieces

Bismillahirrahmanirrahim

I don't know why but i guess i have posted the link of this blog since months at my facebook wall, and when i posted it back yesterday, it was just like: awak ada blog ke? eh, bukan awak ada page sonfur tu ke? (kbai)

People do change. But sometimes we can't expect these changes to be noticed, unless you are telling the people around ya'. With all your heart.

Kalau tengok entri-entri sebelum ni, amatlah skemanya dan puitisnya tahap pelangi kembar bercahaya. Itu memang aku. Dan hakikatnya puisi itu sangat memadatkan segala rasa dan makna dengan lebih mudah. Dan menulis begini memang bukan stail aku. Sebenarnyalah. Tapi aku rasa macam banyak pulak yang flows out bila aku tulis begini. So, apa kata cuba tawazun lah kan? tawazun means seimbang. balanced. apa yang nak ditawazunkan?

Maybe tentang apa yang aku nak share dan aku nak muhasabah.

Ada orang kata guna aku-kau tak manis, tapi bagi aku, adakah manis itu pada huruf-huruf yang ditaip atau pada budi dan akhlak. I admit it, bukan semua orang perfect. Dan memang people will always judge.

But sometimes they don't judge, they observe. When people observe, they tend to think like they know the person even by the cover.

COVER je pun, yang isi dalam belum tentu.

Aku teringat cerita Frozen yang watak prince yang sangat pendusta tu, bila dia menafikan segala-galanya di saat akhir. Itu memang serius COVER baik, tetapi dalamnya tidak.

Apa pun yang kita nak persembahkan, ingatlah hadaf nombor satu kita, redha Allah.

Bak kata orang turki: Allah razi olsun. Which means, may Allah bless you. Allah yardha 'aleyk,

Teringat murobbi tanya: macam mana mujahadah minggu ini? Then the word 'giler' suddenly slipped out of my mouth. Then she was like: 'Apa dia?' in hundred times. Ok, tipu. Tapi memang murobbi aku nak aku jaga lisan.

Tawazun, change, muhasabah; everything takes time. And Allah knows how much and how hard you tried and you pushed yourself. Not just you, me too.

Sobs. Memang ada orang tabur prada kat merata ke sampai masuk mata?

Live love learn. Allah'a emanet olun arkadasim ^^

Wednesday, April 30, 2014

| random

Bismillahirrahmanirrahim.

Hence, i have decided to post every random things i might find along the way.

And yeah, it's been quite busy since months. *ok, sangat bajet*

Aku nak jadi manusia kot, kalau aku duduk diam and do the same things, would that be ok untuk membina diri?

Mungkin ini apa yang aku cuba untuk masuk (ya Allah berkatilah ya Allah...):

stand up generation crew (penulisan) | kelas bahasa turki | tafaqquh | krew majalah | team teater | wakil espeehec generasi kedua | techno crew | ahli bersekutu johor jordan ;P | tukang masak bayt (eh, hehe)

program yang aku ada join (memang kena tulis lah kot, nak tahu sikit ke banyak, aku malas ke rajin ke, huhu): festival media, lancer, rose akhawatys. Ok, sikit giler.

dan kawan-kawan aku pun makin ramai dah memajukan diri memasuki alam baru. ok, selamat lah ye!

seriously, macam murobbi aku kata, apa bende pun yang kita buat kena istislamkannya. menujukan semuanya ke arah islam.

islamkan hati
islamkan perbuatan
islamkan perasaan

islam kan maksudnya menyerahkan segalanya kepada Allah :)

banyak sikit apa pun benda baik yang aku dan kau buat, yang penting kena ikhlas & ikut syarie. sobs. jom istighfar tau :)

astaghfirullah.

ok, nak gi kelas fiqh mar'ah ^_^ hari ini cuti hari pekerja :)

ben seni ozledim!

Sunday, March 2, 2014

Saturday, January 25, 2014

| tadabbur alam

Bismillahirrahmanirrahim.

Benarlah kata-kata hikmah: al-Istiqamah khairun min alfin karamah.

Istiqamah itu lebih baik daripada seribu karamah.

Alhamdulillah dapat menyuakan jari ini untuk menaip di sini. Klise barangkali, iyalah, pelajar bajet tiada masa, kononnya ingin fokus dan apa lagi alasannya. Hidup beralasan sejauh mana mampu pergi kan?

Hidup beralasan dan hidup bermalasan; kita positifkannya kepada zero alasan & aktif kerajinan *senyum*

23-24hb yang lalu, bersama teman-teman menelusuri jejak-jejak sejarah yang tak pernah kuterbayangkan. Pertamanya, Kota Petra. Keduanya, Pantai Aqabah.

Perjalanan yang sangat menduga mental di Petra lantaran jauh yang amat! Menyusuri as-Siq sahaja sudah 1.2 km sebelum bertemu al-Khaznah. Belum lagi menempuh jalan panjang ke ad-Deir. Tetap, di hatiku menitip tasbih tahmid kerana menciptakan kaum yang sangat pintar dalam ukiran. Yang utuhnya kekal hingga hari ini. Allahu Akbar.

Ada angin bersepuh iktibar
kota yang ripuh tamadun
hakikat, seruan tauhid disuakan
namun iman bukan materi dunia

bukan seagam ukir di perbukitan
bukan kebanggaan buat mereka

Kerana keterasingan bukan pilihannya
kerana angkuh dekap di jiwa



Betapa ketika di atas puncak yang berdekatan ad-Deir, ma sha Allah, subhanallah, sangat indah.

Di sini mata yang dua ada di jasadku
jatuh mendekati kalbu menjadi  mata hatiku


Masih amat jatuh cinta pada keindahan bukit bukau Petra. Dan semuanya membawa iktibar, betapa setinggi mana tamadun itu, dalam sekelip mata bisa dihilangkan-Nya. Betapa....

Catatatn dirusuhi lelah, hanya ini dahulu ya.

Sunday, January 19, 2014

| closer

Bismillahirrahmanirrahim.

No one will read this. I'm assuring myself. Yeah. Alhamdulillah, I've finished my nihaie for fasal awal.
Through hards n' hurdles.

Bismillhi tawakkaltu 'alallah. Ya Allah, izinkan hamba menjadi hamba-Nya yang mumtaz fid darain. amiiin.

Aku perlu rangka penulisan 2014 aku. Dengan izin Allah. Yups, aku mesti menulis!

:D In sha Allah