Friday, June 27, 2014

| Hati Puisi (Fragmen 1)

HATI PUISI (Fragmen 1)
Raehan Intisor

1
SEPERTI selalu, Adib akan menemaninya untuk bertemu denganku. Adib adalah seorang adik yang sememangnya tidak lokek meluangkan masa untuk kakaknya. Dan ya, kakaknya adalah teman karib aku kini yang sangat kukagumi. Belum sempat aku menerawang lebih jauh, novel Naratif Ogonshoto di tanganku terpaksa aku tandakan di helaian yang terakhir aku baca lalu cepat-cepat menaiki bas yang sememangnya tidak terlalu lama ingin menanti aku.

Sesampainya aku di KL Sentral, aku menunggu pula untuk menaiki LRT ke Pasar Seni. Lagu Mustika oleh M.Nasir membuatkan aku leka lagi. Dan aku teringat kali pertama aku menemuinya kerana sebuah janji yang unik.

2
“Saya tunggu awak di sini. Ingat janji kita.”  Nyata dia tegas dalam berjanji. Aku memang sudah siap dengan kemungkinan itu. Pertemuan waktu itu pertemuan yang aneh barangkali. Mungkin kerana janjinya juga aneh dan luarbiasa.

Dalam lautan manusia yang berlimpahan di Pesta Buku Antarabangsa itu, aku runsing di mana akan kutemuinya. Janji mesti dikota. Mataku melilau. Mengekori kejap-kejap bila ada kelibat wanita berkerudung labuh. Ah, tetapi bukan dia.

“Abang Izz? Cari kakak ya?” bahuku ditepuk.
“Awak Adib?” aku inginkan kepastian. Wajahnya nyata mirip kakaknya, mustahil aku tersilap.

Adib mengangguk mesra dan menghulur salam yang hangat dalam ukhuwwah dan temusua kali pertama. Pertama kali berjumpa Adib, aku lihat dia menjinjit beg kertas penuh dengan komik. Adib yang berkaca mata itu seorang peminat tegar komik rupanya. Aku senyum dalam diam. Adib langsung tanpa banya bicara menarik tangan aku. Berjalan laju ke arah kakaknya.

Baiklah, ini kakaknya. Lama sungguh tidak bersua. Di kolej dulu, aku pun tidak mengenalinya dengan sesungguhnya. Hanya kadangkala terdengar nama. Dia masih seperti dulu.

“Ini janji saya,” dia menghulur buku kumpulan puisinya yang pertama. Dia penulis yang sangat unik sehinggakan berjanji pun perlukan puisi.

Aku capai buku itu dengan menukarkannya dengan sesuatu.

“Saya tulis puisi itu pada muka pertama buku nota itu. Harap janji itu tertunailah ya saudari”

Dia senyum sambil menerima pemberianku. Moga ini bukan pertemuan yang terakhir. Sonata puisi kita baru bermula. Seperti itulah baris terakhir puisiku padanya.

Adib meski sudah menjadi pelajar matrik, jelas dia juga  matang dalam pemilihan buku walaupun sangat tegar membaca komik. Kerana komik yang diberikannya juga luarbiasa. Satu puisi dibalas dua naskhah buku. Keluarga pencinta buku rupanya.

3
Dia berbaju kurung coklat bercorak bulat kecil hari ini. Aku maklum itu baju kurung yang dijahitkan ibunya dan dia amat menyayangi baju kurung itu. Adib sungguh banyak juga bercerita kepada aku. Sudah aku anggap Adib seperti adik kandungku sendiri.

“Maaf saya sedikit telat. Novel ini betul-betul buat saya leka ada ketikanya” aku mengakui salahku.

“Tak mengapa, asalkan awak jujur membacanya dengan hati.” seperti selalu dia menghadiahkan ayat yang padat makna.

Di sisi kiri dan kanan, berderetan kedai yang menjual barangan dengan nuansa berwarna coklat. Ada yang dibuat daripada kayu, seperti papan congkak dan kratangan lainnya. Tadi aku terpegun sebentar melihat replika mini caklempong berwarna perak sambil ditemaninya di sisi.

Adib dengan gelagatnya yang banyak berceloteh membuatkan aku tidak punya banyak masa menegur dan bersembang dengan dia. Dia lebih banyak berdiam, namun kadang-kadang dia bacakan baris-baris puisi yang katanya, dia hafal dari hati.

“Awak tahu puisi mana yang saya bacakan tadi?”

Sudah tentu aku menggeleng laju. Aku baru sahaja ingin belajar mengenali aksara puisi yang sangat rahsia.

“Sajak Usia, Siti Zainon Ismail. Awak lupa ya, itu kan sajak kita pernah belajar sewaktu tingkatan tiga?”

Aku buat gaya tangan ingin memohon maaf kerana terlupa. Sungguh kuat ingatannya. Berzaman sudah zaman persekolahan kami tinggalkan.

“Sajak itu tentang hakikat kehidupan, bukan? Bagaimana kita yang seharusnya kenal makna hidup sebelum pergi membawa bekal abadi”  aku tunduk menuturkan itu semua. Aku kenal sajak itu meski aku tidak ingat dengan sebaiknya seperti dia.

“Lama-lama awak akan lebih faham tentang rahsia setiap kata-kata awak tadi. Hati awak hati puisi, Izz” dia senyum tanpa memandangku. Dan dia melangkah ke depan mengejar Adib yang laju meninggalkan kami.

Pasar Seni ini lekas memberikanku kesan nostalgik dalam hati. Meski belum lagi di akhir temu kami.

4
“Saya akan ke Australia sambung pengajian dalam sarjana muda bulan September nanti.” cappuccino itu mengalir laju dalam penyedut minuman berbentuk spiral itu. Entah mengapa, tempat makan yang tadinya aku rasakan bingit tiba-tiba bagaikan terhenti dan sepi.

“Oh ya?” aku mula merasakan nadi puisi berdenyut laju. Wajahku cuba untuk kukekalkan dengan riak tenang,

“Izz mesti sambung belajar juga tahu? Tanpa ilmu, kita ini manusia boleh jadi seperti tin kosong tidak nilai dan makna” deru nasihatnya menujah tepat ke hati. Tepat pada masa.

“Tapi saya tak minat dengan kursus yang saya dapat. Bahasa Inggeris. Saya rasa saya tidak mampu, walaupun saya selalu baca bahan-bahan dalam bahasa itu” karipap di depan Adib aku belah separuh. Wap berbau inti kari daging tidak terendah. Adib memerhatikanku, diam.. Tidak seperti selalu, Adib juga aku dapat rasakan tenggelam dalam celotehnya yang biasanya lebih menghangatkan suasana.

“Lagi pula, saya tidak belajar Bahasa Inggeris seperti awak nanti. Saya hanya belajar di  universiti di dalam negara,” aku benar-benar rasa bagai mahu tunduk dengan sebenar-benarnya.

“Izz, tempat belajar itu bukan soal yang utama. Di mana-mana pun kita boleh menuntut ilmu. Yang penting ilmu itu yang kita cari dan datangi. Awak pernah tak dengar, ilmu itu tidak datang kepada kita tetapi kita yang datang kepadanya, yang menuntutnya, yang mencarinya”

Aku makruf itu kata-kata bijaksana yang pernah aku baca. Dan aku maklum bahawa perjalanan menuntut ilmu tidak habis setelah ijazah sarjana muda  atau kedoktoran sahaja. Berjalan adalah proses panjang sepanjang hayat. Proses yang hanya tamat apabila hela nafas terakhir nanti. Aku teringat pesan ibu dan harapannya yang amat mahu aku terus belajar supaya ilmu itu menjadi lantera dalam hati. Ibu benar-benar membuatkan aku lebih mengerti.

“Awak bila berangkat ke Australia?” aku memandang ke bawah. Aku tahu dia juga begitu.

“Sebulan lagi. Sebelum saya pergi, kita pasti sempat berpuisi lagi bersama Adib, kan Adib?” dia mencubit lengan Adib yang leka memandang kakaknya sedari tadi. Adib mengangguk dengan semangat dan dia senyum kembali.

5
Taman Tasik Titiwangsa. Ah, kami ke sini rupanya. Adib kali ini berkemeja kotak berwarna ungu nyata kelihatan sangat bergaya dan kemas. Aku memujinya dan dia tersengih malu dipuji begitu. Kami berjalan seperti bersiar-siar lagaknya. Adib tidak henti-henti mengambil gambar dengan kameranya. Kadangkala aku mencuit Adib yang terlalu leka, dan dia pun akan tersedar.

Kami akhirnya mencari satu tempat yang sedikit teduh untuk melepaskan lelah berjalan sedari setengah jam yang lalu. Dia berkerudung putih. Lebih diam daripada biasa. Aku pun seolah kekok dan lebih malu. Adib sedang meneliti gambar-gambar yang diambilnya tadi. Sesekali ada nyanyian burung berselang-seli pada khali kami.

“Hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan. Minggu depan awak akan pergi jauh membawa semangat juang. Saya tentunya gembira untuk awak” aku menutur perlahan namun masih kedengaran.

“Dan Allah tak pernah cipta kita untuk tujuan yang sia-sia kan? Sebab itu Allah beri kita peluang untuk terus hidup sampai hari ini. Sebab itu kita masih perlu sambung juang yang belum sudah. Tentu ada tujuan yang kita perlu selesaikan” dia tersenyum sambil mendongak ke atas, melihat kepada dedaun yang menghijau dan ada cahaya matahari yang saling berserakan di celahannya.

“Ayat 115 Surah al-Mu’minun, Izz. Al-Qur’an terlalu banyak rahsia, dan terlalu banyak jawapan yang kita mesti pelajari. Sebelum kita pergi. Live to leave in the best way

Aku mencatat sesuatu dalam buku nota kecilku. Sesuatu yang padat tetapi tepat ke hati.

“Izz?” dia seolah teruja dalam senyuman yang bercahaya. Aku menoleh ke arahnya sekilas.

“Mahu ikut saya dan Adib ke suatu tempat yang istimewa?”

-Bersambung-

Wednesday, June 25, 2014

| momento

Kisah & Momento Madinatun Nabi (Ukhti2Syurga)

"Enti, nanti teman ana ye? Tolong ana, ana ni kecik" seolah bercanda, dalam senyumnya. Aku ingat lagi, itu malam terakhir di situ. Di tanah itu.

Aku melihat dia senyum ikhlas, dia berkerudung putih. Puas aku cari senyum itu sebenarnya sejak awal musafir bermula hinggalah tiba di situ. Dia teramat sangat sibuk untuk menguruskan penempatan semua orang yang turut serta.

Aku angguk.
"Lama tak nampak awak senyum!" aku seloroh di depannya. Dia cuma senyum. Sama.

Sambil menunggu giliran kami, kami perlu duduk di tempat yang disediakan untuk maliziy. Hening. Mungkin aku yang banyak termenung. Tidak semena-mena, sunyi itu dipecahkan dengan sentuhan sirah yang dia hadami dengan hati. Aku jadi sangat malu dan cemburu.

Dia cuba membuat aku membayangkan kedudukan rumah nabi yang asalnya berdasarkan raudhah. Dia cuma menggambarkan di depanku tentang perang uhud. Tentang hijrah. Tentang masjid nabawi yang dibangunkan seiring zaman. Tentang pemergian nabi. Tentang sirah yang bagiku tiada yang tidak menyebakkan. Hmm.

"Siapa dia sahabat yang digelar syahid yang hidup?"
"Thalhah!" *yakin*
"Ye ke?"

Eheh, pandai dia menguji. Begitulah saat-saat malam itu. Aku seka air mata.

"Enti nanti tolong ana eh?" dari raut wajah yang bahagia memang nampak yang dia masih penat.
Aku mengangguk dan lirihnya; in sha Allah.

Malam itu memang sangat amat padat. Maliziy, dengan Turki dan negara lainnya. Siapa yang tidak rindu? Aku, dia, semua; adalah umat yang rindu.

Saat memijak begitu hampir dan dekat, aku jadi terdiam. Dia juga. Menangis dalam diam. Karpet hijau. Dunia seolah terhenti dan aku tidak mendengar apa-apa walaupun hakikatnya sangat riuh. Entah bagaimana.

"Awak, jom doa banyak kat sini" sempat aku membisik. Masa tu sangat amat hampir.
Hening sebentar.
"Enti, nak baca doa apa ye? Hmm, jom baca doa rabithah..."
Aku angguk.

Tunduk. Kami sama menuturkan doa itu. Aku memeluknya supaya dia tidak tercedera atau apa-apa. Peluk kuaterat, Sebak. Doa itu terlalu syahdu...

Bila baca doa tu, aku jadi terbayang-bayang saat pengorbanan nabi yang sangat banyak. Semua macam deruderu pada kilas ingatan. Baginda terlalulalu banyak mencurah cinta. Teringat thaif teringat madinah teringat makkah teringat gua hira' teringat semuasemua tu. Aku malu, kerana aku membayang diri yang hanya apa adanya, sudahnya terlalu pula mengharap syafaat nabi. Hmm.

"Enti nak solat sini tak?" aku menggeleng kerana aku tak mahu dia bersusahpayah. Dalam hati aku tekad "not to hurt anyone", walau macam mana pun jadi. Dapat genggam tangan dia sampai ke situ pun seperti syurga ukhuwwah rasanya. Terima kasih ya Allah.

Itu malam yang sangat momento. Usai sahaja ziarah itu, kami melihat dari kejauhan kubah hijau itu, di menyentuh tentang kitab Muntholaq apabila aku tuturkan pandanganku tentang apa yang aku lihat, dan 'wasiat'kan aku untuk membacanya. Lalu dia pergi kerana terpaksa pulang ke hotel lebih awal.

Aku bersyukur dan aku rindu. Aku dah lama nak tulis ni. Biar jadi tanda istimewa.

Alhamdulillah untuk seorang 'kesayanganku'. Eheh.

(':

*dia back-for-good ogos nanti. in sha Allah. dan aku dah mula rindu dia walaupun dia masih ada kat sini. aku sangat suka dengar dia cakap sebab semua macam mutiara. dan kalau dia rasa macam mana sekali pun, dia tetap akan sabar. (: eheh. jzkk menerima aku seadanya*

49: 10

43: 67

#road2syurga #masjidnabawi #rindu

Tuesday, June 3, 2014

| live to leave


Bismillahirrahmanirrahim

Despite of dapat banyak amat jemputan walimah kawankawan sebatch di DQ dulu, I was thinking something.

Maybe deeper than marriage. (Holah, semua kawankawan pakat cakap pasal zawaj je, tapi bukan semua ambil fiqh zawaj & talaq lagi pun -,- )

Kalau kita flashback dan review balik maratib amal yang ada tujuh tu:



Yup.
Pembinaan individu muslim tu. 10 muwasofat tarbiyah tu.

That is one deep thing. Satu lagi: mati.

Quoted from someone: impikan husnul khotimah tetapi cara hidup kita cara hidup mereka yang husnul khotimah kah? That s one big thing to ponder about.

Manusia dan impian. Manusia dan tindakan. Tuhan, ampuni aku...

Kerana hamba memanghakikat live to leave. leave this dunya. for a definite life. akhirah. hereafter.

wallahua'lam.

P.S: umrah. doakan saya ya ^_^
P.S: some of the thani's result are out. Mumtaz amiiin.