Wednesday, December 4, 2013

| cetusan

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam susah ada senang
dalam resah ada tenang
dalam marah ada sayang


CETUSAN

Beberapa kali bayu sejuk menampar pipi dan terasa begitu mencucuk tulang. Begitu rupanya rasa sejuk yang amat sangat! Subhanallah, suhu pagi ini 10 darjah celcius. Selamat ke kuliah cik Qurrah dengan semangat yang waja! In sha Allah.

Sedikit cetusan pagi ini: bersamalah kita terus bertahmid (alhamdulillah) kepada-Nya atas segalanya yang Allah kurniakan. Kerana Allah jualah yang mebuatkan kita tertawa dan menangis. Ada Allah pesan itu dalam surah an-Najm. Sungguh, aku juga pernah terdengar: you cry because you've been strong enough all this while.

"I love walking in the rain because no one can see me crying" -Rowan Atkinson

Percayalah kalau kita senyum, pasti hati kita juga ada kekuatan untuk tersenyum. SMILE, even if it's fake. Sungguh aku sangat cemburu kepada sahabatku yang begitu banyak ujian yang menimpa dalam kehidupannya namun sangat tabah meneruskan langkah mujahadah. Sebab itulah Allah uji pada kadar kemampuan hamba-Nya kan? Surah al-Baqarah 2: 286.

WARNA-WARNI

Ada manusia yang mampu bangkit sendiri tanpa perlu meluahkan kepada manusia lain dan dia hanya perlukan Allah mendengar suara hatinya. Pun begitu, ada jua manusia yang perlukan Allah (semestinya) dan dalam masa yang sama perlu wasilah kekuatan daripada Allah menerusi insan-insan di sekelilingnya. Warna-warni manusia ini membuatkan kita saling melengkapi sesama kita, bukankah begitu?

Aku selalu membayangkan bahawa insan-insan dalam hidupku semuanya membawa warna-warni dalam hidupku. Sedang aku juga warna-warni buat mereka. Membayangkan pelangi yang punya 7 warna yang berbeza, begitulah kita juga.

Belajar daripada mereka. Belajar daripada apa jua yang Allah hadiahkan di sekeliling kita. Bahawa hidup ini juga hakikatnya satu proses pembelajaran yang amat panjang. Jadi, teruskan melangkah. Jadi gagah. Andai jatuh pun, jatuh bermaruah dan bangkit dengan penuh hammasah.

Bahawa tulisan ini mnjadi berat di pundakku. Tuhan, saksikan ini perkongsianku. Aku juga ingin bahagia dan membahagiakan dengan izin-Mu ya Rabb.

PUISI DI SISI PERJALANANKU (III)

Derap langkah yang gagah
padunya hammasah
tingginya himmah
diri: kepunyaan Allah

Merupa cinta
dalam keterikatan
merupa bahagia
dalam kebersamaan

Hai sahabat!
bahawa bahu kita sama bergandingan
bahawa tangan kita sama berpegangan
bahawa hati kita sama beraspirasi syurga!

Raehan Intisor
051213

Wallahua'lam



No comments:

Post a Comment