Monday, December 2, 2013

| bermulalah

Bismillahirrahmanirrahim

BERMULALAH

Baiklah, aku akan cuba untuk istiqamah menaip contengan aku walaupun mungkin ianya tidak seberapa. Nama pun permulaan kan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, kata orang-orang dulu. (Orang sekarang semakin lupa peribahasa. Alangkah)

PERJALANAN

Muka kaki jalan kah aku? Aku akui aku suka berjalan ke tempat baru. Dan akulah manusia yang cepat rasa excited bila ada peluang sebegitu. Walaupun dapat ikut abah dan mama jepret gambar di Danga, itu sudah cukup bahagia bila dahulu abah mama mahu membawa aku ke situ buat kali pertama.

Sekarang aku bukan di Malaysia. Ya, itu fakta yang aku rasa aku pun sukar untuk percaya. Hakikatnya, sudah 3 bulan aku bermastautin di Mu'tah, Jordan. Sejak aku diterbangkan ke sini 30 Ogos lalu, begitulah aku, seringkali merindui Malaysia.

Ditempatkan di rumah transit kakak-kakak senior. Kemudian dibawa ke hulu ke hilir mengenal bumi anbiya' ini. Istimewanya Jordan ianya bumi Syam yang didoakan Nabi Muhammad SAW. Ke Qal'ah Salahuddin di Karak, ke maqam syuhada' di Mazar, ke Gua Ashabul Kahfi di Amman, ke Universiti Yarmouk di Irbid dan tempat-tempat lain yang lebih mikro.

Dan di setiap tempat itu seharusnya aku lunasi satu puisi hati namun kadangkala khilafku kerana puisi itu hanya bermain di hati dan tidak aku jot down di mana-mana ruang yang zahir. Rutin aku membawa buku nota kecil dahulu tiba-tiba menjadi asing untuk aku lakukan di sini. Aku harus ubah perkara ini semestinya.

BON VOYAGE & TRAJET

Baru-baru ini, aku bersama delegasi sahabat-sahabat satu batch Jilul Muassir menghantar sahabat kami yang melanjutkan pelajaran ke Yaman. Sudah tentu terimbau saat di KLIA dihantar oleh keluarga. Tetapi aku teringat bahawa life goes on. Zendagi migzara seperti yang dinukil Khaled Hosseini dalam novel Kite Runner.

Usai menghantar sahabat-sahabat itu, aku dan beberapa orang teman lain meneruskan trajet ke Amman. Berbekalkan 3.50 JD, kami menaiki bas kuning menuju Mujamma' Syimali, ala-ala KL Sentral kalau di Malaysia. Sesampainya di situ, aku dan teman akhawatku menerawang mencari makanan. Barangkali teman syabab kami yang sememangnya belajar di University of Jordan melihat kami sedikit lost, maka ditemankan kami ini. Terima kasih Hasnan. Silap besar sebab membantu untuk membelikan kebab kabdah. Kabdah itu hati ayam. Aku dan Lina hanya mampu tersenyum.

Seterusnya ke Mujamma' Amman di Irbid. Waktu itu sudah isya'. Ternyata setelah beberapa minit mencari teksi untuk ke masjid Jami'ah Yarmouk, kami mendapat teksi yang mana drebarnya adalah senior lepasan Universiti Mu'tah, takhassus tarbiyah riyadhiyyah atau sport science. Walaupun sudah di Irbid, perbualannya sangat seperti di Mu'tah. Terima kasih kepada Zubair yang murokibkan kami sampai ke sakan kuning. Dengan kejayaan syabab itu mendapat tanzilat dengan drebar itu untuk bayar 1 JD sahaja dan pusing-pusing mencari jalan ke sakan. Terbaik. Jzkk.

CONTENGAN

Seterusnya, di sakan kuning sempat aku bayang-bayangkan di kepala untuk contengan jalanan aku. Tetapi apakan daya, berjumpa dengan kawan-kawan kesayangan, tentunya sangat banyak bertukar cerita. Apa lagi apabila bertemu Hafizah, aku sangat terhibur dan merindu Kak Nur di Malaysia.

Keesokannya, kami ke LANCER. Program tahunan Kelab Peguam Muda Jordan. Hakikatnya, aku tidaklah bergitu tertarik tentang guaman, tetapi topik LANCER tahun ini yang sangat menarikku untuk ke Irbid. Tentang Natrah. Tragedi Natrah. Setelah pencerahan dalam program ini, baru aku jelas dan faham bahawa bukanlah Natrah itu yang harus kita tangiskan, tetapi semangat kasihkan agama kita itu yang harus dilonjakkan.

Hampir saja aku ingin nukilkan puisi tentang Natrah, namun atas rasional itu yang Datin Seri Fatini sendiri bentangkan dan murnikan, maka aku semakin faham bahawa aku harus sayaplebarkan Islam, bukan tangisdurjakan Natrah. Alhamdulillah.

PUISI DI SISI PERJALANANKU (I)

sebelum akhir kita bersama
di cebis masa kita kembara
ada hikmah yang terbit nyata
jelma hadir menyertai makna

Raehan Intisor
021213


No comments:

Post a Comment