Thursday, December 26, 2013

| imtihan nihaie

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah imtihan thani tinggal lagi satu subjek sahaja. Lantaran kerana salji dan cuti yang memanjang, maka imtihan thani tertunda begitu banyak hari.

Maka, imtihan nihaie kami juga demikian tertundanya. Allahu.

In sha Allah, by the end of January, baru boleh cuti.

12/1 - madkhol ilal fiqhi islami
18/1 - mabadi' tarbiyyah
19/1 - hadhoroh islamiyyah
23/1 - aqidah islamiyyah (1)

Demikian jadual imtihan saya. Mohon doa kalian agar saya mumtaz dalam redha-Nya, aminnnn.

Sekian coretan. Sayang kalian kerana-Nya.

Friday, December 20, 2013

| per aspera ad astra


Bismillahirrahmanirrahim.

Salju, putihnya persih
Nikmat terpilih
-Raehan (Mu'tah)-

Salju turun 121213. Waktu malam ia mengguyur perlahan. Dan saat pagi aku terbangun pukul 3, aku lihat ia turun di depan mata.

Maka nikmat Tuhan yang manakah kau dustakan...

Usai melihat video Nouman Ali Khan bertajuk Allah Cares About Me, video itu beri sentapan bahawa:

Allah loves me right now. Not later, not tomorrow, but now.

Alhamdulillah. Moga hatihati kita samasama lembut dan tersentuh dengan ibrah salji bukan sekadar nikmat sejuk dan putih salji sematamata.

Bersama doakan saudarasaudara Islam khususnya pelarian Syria yang sangatsangat kesejukan di kem-kem pelarian. Allah jualah yang memberi kekuatan. Subhanallah.


Wallahua3lam :)

Friday, December 13, 2013

| salju

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah 111213 salju turun.

Bersama tadabbur ayat 43 surah an-Nur.

C:





Tuesday, December 10, 2013

| awan

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, hari ini cuaca yang Allah lukiskan sangat baik. Sejuk semestinya, subuh pagi tadi, 5 darjah celcius. Ada riwayat daripada kawan-kawan lain kata, 2 darjah celcius. Wallahua'lam. Yang penting, sangat sejuk!

Maka, awan pun berbondong datang meneduhkan bumi. Kerapkali hujan bertandang menyeluruhi bumi ini dengan hawa yang bertambah dinginnya. Apalagi andai hujan pada waktu malam. Subhanallah.

Ujian. Diuji. Teruji. Sejuk itu meski ianya konotasi yang kadangkala menggerunkan, tetapi hakikatnya, musim sejuk inilah syurga ibadah buat orang yang beriman.



Malamnya panjang untuk qiam. Siangnya pendek untuk puasa. Subhanallah. Cantek kan musim syita' ni?

Selamat mengislamkan syita kita :)

Wallahua'alam

PUISI SALJU (I)

Apa ada pada salju
pada impi nan padu
dalam bening iman
di depan salju Tuhan

Di depan salju ini
telah dituliskan
mesra keindahan
pada renungan
pada bingkisan
yang abadi maknawi

Raehan Intisor
101213
(Belum salji lagi)

Friday, December 6, 2013

| islam atau Islam



Bismillahirrahmanirrahim

PEMBACAAN

Beberapa kali dalam minggu ini ada saja ruang-ruang diskusi yang sangat baik dan nampak sangat menarik. Semalam dalam Tour De Ilmi (nama canggih usrah kat sini. eheh) kami berbincang soal perkara-perkara yang mengancam negara. Bunyinya macam menakutkan? Memang ngeri. Semua seputar isu sekularisme, liberalisme, pluralisme, feminisme, COMANGO dan lain-lain. Sejujurnya, aku sampai di Jordan ni baru aku lebih mahu mencari. Setiap apa yang aku teliti, aku lihat, perlu kepada pemahaman dan observation yang baik dan bersungguh supaya dapat pula brainstorm usaha-saha ke arah islah. Dan kini aku semakin tertarik untuk meneliti blog SaifulIslam.com, Angelpakaigucci dan LangitIlahi. Aku mahu lebih faham. Aku mahu jadi orang yang dapat memahamkan jua. Amin.

Barangkali selama ini aku sangat tidak membaca. Hakikatnya memang begitu. Di sekolah dulu pun aku hanya hanyut dalam sastera dan aku tidak mencari kefahaman yang lebih jauh bermanfaat tentang semuanya yang berlaku di sekeliling aku. Dan sewaktu diploma, aku begitu mencintai buku namun aku tidak larut dalam pembacaan yang kritis. Semoga apa yang aku pernah baca ada nilainya, ada hikmahnya, ada ilmunya.

Hidup ini harus mencari, sampai mati.

Ada sahabatku yang kini belajar di Mesir berpesan, supaya cuba mulakan pembacaan kitab arab dengan membaca kitab-kitab yang nipis dan diyakini dapat dihabiskan dan dihadamkan. Aku ada terjumpa koleksi buku-buku ringkas berharga 1.5 JD (Lebih kurang RM7) di Maktabah Ram dekat dengan bayt aku. Aku ada beli satu tentang personaliti diri. Barangkali kerana banyak terma-terma psikoloi, maka baru sedikit aku sentuh buku itu. Beralasan sedikit di situ. Apa pun, mempelajari bahasa memang mencabar dan membutuhkan kesungguhan (al-ijtihad) dan keseriusan (al-jiddiyah).

TERINGAT

Memori aku teringat, tentang Islam dan islam. Ya, ini setelah aku pernah mengikut siri-siri Ini Sejarah Kita ketika di sekolah dan di DQ dahulu. Jom kita lihat dan teliti bezanya pada Islam dan islam. Islam degan huruf I besar jelas membawa satu makna nama sedang islam dengan i kecil membawa satu makna konotasi perbuatan. Maka secara ringkasnya di sini aku simpulkan, yang pentingnya pada kita bukan Islam pada nama, tetapi pada perbuatannya. Maka, ayuh islamkan diri kita, pada hati dan perbuatan dan semuanya. Maaf andai pesanan aku nampak macam, what? Islamkan hidup?

Yeah, haven't you heard or didn't you know: Islam is the way of life? :)

Jom , sama-sama usaha ke arah itu, sebab kita sama-sama mahu ke syurga-Nya kan?

SEBAB MUSABAB

Aku  tak perlu terangkan sebab yang konkrit dan jahar kenapa aku share semua ni. Malah, aku harap aku tidaklah taburkan perkar-pekara yang unreachable dengan pemikiran kita semua.

Aku pun student.
Aku pun suka makan sedap-sedap.
Aku pun suka benda baik.
Aku suka dengar lagu...dan nasyid.
Aku suka belajar benda baru dan try benda yang nampak best.
Aku suka travel dan tengok cara orang dan kehidupan orang lain.

See, aku rasa, kita tak jauh beza. Dan kalau pun memang berbeza, aku nak hadiahkan ayat 13 surah al-Hujurat untuk kita sam-sama tadabbur. Saling mengenal, saling bertaaruf. That's what differences for.

Aku suka warna putih dan kelabu. Mungkin kalian suka merah dan oren.
Aku suka bahasa arab dan jepun. Mungkin kalian suka bahasa inggeris dan korea.
Aku suka makan cheesecake dan tiramisu. Mungkin kalian suka pavlova.
Aku suka baca blog. Mungkin kalian suka baca akhbar.




Secara serakannya, berbeza, Namun usulnya, sama.

HIDUP

Hidup sangat warnawarni kan? So, enjoy the colours and feel them!

To live is to give
to care is to share
to mind is to shine


Aku masih banyak perkara aku kena belajar. Dan apa aku dapat, aku nak kongsi supaya kalian pun dapat juga rasa best dengan apa yang aku dapat. Biiznillah. *Senyum*

PUISI DI SISI PERJALANANKU (IV)

Kau kata
apalah adanya
kita jauh berbeda
jiwa, cara, budaya

Aku kata
apalah adanya
semua ini jua
aturan-Nya yang sempurna

Kukenalimu
kaukenaliku
kerana-Nya

Raehan Intisor
071213

Wallahua'lam.

Wednesday, December 4, 2013

| cetusan

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam susah ada senang
dalam resah ada tenang
dalam marah ada sayang


CETUSAN

Beberapa kali bayu sejuk menampar pipi dan terasa begitu mencucuk tulang. Begitu rupanya rasa sejuk yang amat sangat! Subhanallah, suhu pagi ini 10 darjah celcius. Selamat ke kuliah cik Qurrah dengan semangat yang waja! In sha Allah.

Sedikit cetusan pagi ini: bersamalah kita terus bertahmid (alhamdulillah) kepada-Nya atas segalanya yang Allah kurniakan. Kerana Allah jualah yang mebuatkan kita tertawa dan menangis. Ada Allah pesan itu dalam surah an-Najm. Sungguh, aku juga pernah terdengar: you cry because you've been strong enough all this while.

"I love walking in the rain because no one can see me crying" -Rowan Atkinson

Percayalah kalau kita senyum, pasti hati kita juga ada kekuatan untuk tersenyum. SMILE, even if it's fake. Sungguh aku sangat cemburu kepada sahabatku yang begitu banyak ujian yang menimpa dalam kehidupannya namun sangat tabah meneruskan langkah mujahadah. Sebab itulah Allah uji pada kadar kemampuan hamba-Nya kan? Surah al-Baqarah 2: 286.

WARNA-WARNI

Ada manusia yang mampu bangkit sendiri tanpa perlu meluahkan kepada manusia lain dan dia hanya perlukan Allah mendengar suara hatinya. Pun begitu, ada jua manusia yang perlukan Allah (semestinya) dan dalam masa yang sama perlu wasilah kekuatan daripada Allah menerusi insan-insan di sekelilingnya. Warna-warni manusia ini membuatkan kita saling melengkapi sesama kita, bukankah begitu?

Aku selalu membayangkan bahawa insan-insan dalam hidupku semuanya membawa warna-warni dalam hidupku. Sedang aku juga warna-warni buat mereka. Membayangkan pelangi yang punya 7 warna yang berbeza, begitulah kita juga.

Belajar daripada mereka. Belajar daripada apa jua yang Allah hadiahkan di sekeliling kita. Bahawa hidup ini juga hakikatnya satu proses pembelajaran yang amat panjang. Jadi, teruskan melangkah. Jadi gagah. Andai jatuh pun, jatuh bermaruah dan bangkit dengan penuh hammasah.

Bahawa tulisan ini mnjadi berat di pundakku. Tuhan, saksikan ini perkongsianku. Aku juga ingin bahagia dan membahagiakan dengan izin-Mu ya Rabb.

PUISI DI SISI PERJALANANKU (III)

Derap langkah yang gagah
padunya hammasah
tingginya himmah
diri: kepunyaan Allah

Merupa cinta
dalam keterikatan
merupa bahagia
dalam kebersamaan

Hai sahabat!
bahawa bahu kita sama bergandingan
bahawa tangan kita sama berpegangan
bahawa hati kita sama beraspirasi syurga!

Raehan Intisor
051213

Wallahua'lam



Tuesday, December 3, 2013

| sesuatu

Bismillahirrahmanirrahim

REALITI

Kadangkala aku sengaja selerakkan meja study. Tapi aku tahu, aku tak betah dengan keadaan begitu. Jadi, dalam sebentar sahaja, semuanya aku sort ke tempatnya. Lagi-lagi bila menghampiri exam, kalau boleh aku nak label semuanya supaya senangcapai dan mudahsusun.

Keadaan begitu jualah dapat aku samakan dengan hidup. Hidup yang tersusun pastinya dengan perancangan dan langkah yang tersusun dan kemas. Dari situ boleh lihat ketekunan, kepaduan, kemantapan seseorang. Dari situ matlamat hidup nampak lebih jelas dan diri boleh melangkah dengan lebih bergaya dan hebat.

Semuanya dalam aturan Allah jua. Yang penting usaha, kemudian doa dan tawakkal. Doa itu harus setiap waktu. Seiring dari mula hingga akhirnya. Aku tahu doa nampak macam ajaib, tetapi memang begitulah doa. Senjata dan satu cara perhubungan direct kepada Allah yang Maha Mengetahui segala yang rahasia.

Sedangkah burung-burung pun ada jadual rutinnya mencari makanan, manusia juga harusnya begitu.  Sedangkan yang menaip ini pun masih dan masih berusaha mengotakan kata. Takayyuf. Adapt. Aku tahu Allah melihat usaha kita sebenarnya.

Realitinya, aku masih lagi dalam satu proses penyesuaian yang kukira amat amat mengajarkan aku sesuatu erti. Dan kukira contenganku ini mampu membawa satu gambaran buat yang menghadam dan meladeni aksara-aksara di sini

AQIDAH - UKHUWWAH - DAKWAH

Semalam ada satu forum tertutup Biro Dakwah Jilul Muassir anjurkan. Panelis 2 syabab dan 1 akhawat bersama moderator yang juga syabab. Panelis-panelis begitu cermat mengupas isu-isu ukhuwwah dan membawa perkaitan yang mendalam tentang ukhuwwah dan aqidah juga dakwah.

Aku pernah terdengar: "Bukanlah ukhuwwah itu yang harus diperjuangkan. Tetapi aqidah lah yang mesti diperjuangkan. Kerana aqidah adalah asas ukhuwwah"

Hakikatnya ukhuwwah perkara yang dilihat remeh, hanya membawa erti persaudaraan sesama manusia, tetapi persaudaraan ini hanya terbentuk dengan baik jika aqidah kita padu. Serius, tak tipu. Dan ukhuwwah pula menjadi asas yang penting dalam dakwah.

Bolehlah kita sama-sama mentadabbur surat cinta-Nya al-Hujurat terutamanya ayat 10-13 untuk meneliti virus-virus ukhuwwah yang boleh terjadi dalam sesuatu perhubungan persaudaraan.

SESUATU

Kerana apa pun yang terjadi dalam hidup kita ini sebenarnya adalah sesuatu. Sesuatu yang mungkin bahagia, duka, aneh, ajaib, unexpected dan macam-macam lagi. Ketahuilah juga bahawa semuanya terjadi atas kuasa-Nya. So, keep smiling. Ucapkan alhamdulillah. Tahmid itu adalah untuk memuji-Nya atas senang susah yang diberikan-Nya. Kerana susah senang yang ditakdirkan itu hakikatnya mengajarkan sesuatu, bukankah begitu?

Kerana membuatkan yang lain bahagia itu sebenarnya satu kebahagiaan buat kita kan?



PUISI DI SISI PERJALANANKU (II)

di tempatku
di tempatmu
kita ditakdirkan
hakikat
yang penuh nikmat

Wallahua'lam :)

Monday, December 2, 2013

| bermulalah

Bismillahirrahmanirrahim

BERMULALAH

Baiklah, aku akan cuba untuk istiqamah menaip contengan aku walaupun mungkin ianya tidak seberapa. Nama pun permulaan kan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, kata orang-orang dulu. (Orang sekarang semakin lupa peribahasa. Alangkah)

PERJALANAN

Muka kaki jalan kah aku? Aku akui aku suka berjalan ke tempat baru. Dan akulah manusia yang cepat rasa excited bila ada peluang sebegitu. Walaupun dapat ikut abah dan mama jepret gambar di Danga, itu sudah cukup bahagia bila dahulu abah mama mahu membawa aku ke situ buat kali pertama.

Sekarang aku bukan di Malaysia. Ya, itu fakta yang aku rasa aku pun sukar untuk percaya. Hakikatnya, sudah 3 bulan aku bermastautin di Mu'tah, Jordan. Sejak aku diterbangkan ke sini 30 Ogos lalu, begitulah aku, seringkali merindui Malaysia.

Ditempatkan di rumah transit kakak-kakak senior. Kemudian dibawa ke hulu ke hilir mengenal bumi anbiya' ini. Istimewanya Jordan ianya bumi Syam yang didoakan Nabi Muhammad SAW. Ke Qal'ah Salahuddin di Karak, ke maqam syuhada' di Mazar, ke Gua Ashabul Kahfi di Amman, ke Universiti Yarmouk di Irbid dan tempat-tempat lain yang lebih mikro.

Dan di setiap tempat itu seharusnya aku lunasi satu puisi hati namun kadangkala khilafku kerana puisi itu hanya bermain di hati dan tidak aku jot down di mana-mana ruang yang zahir. Rutin aku membawa buku nota kecil dahulu tiba-tiba menjadi asing untuk aku lakukan di sini. Aku harus ubah perkara ini semestinya.

BON VOYAGE & TRAJET

Baru-baru ini, aku bersama delegasi sahabat-sahabat satu batch Jilul Muassir menghantar sahabat kami yang melanjutkan pelajaran ke Yaman. Sudah tentu terimbau saat di KLIA dihantar oleh keluarga. Tetapi aku teringat bahawa life goes on. Zendagi migzara seperti yang dinukil Khaled Hosseini dalam novel Kite Runner.

Usai menghantar sahabat-sahabat itu, aku dan beberapa orang teman lain meneruskan trajet ke Amman. Berbekalkan 3.50 JD, kami menaiki bas kuning menuju Mujamma' Syimali, ala-ala KL Sentral kalau di Malaysia. Sesampainya di situ, aku dan teman akhawatku menerawang mencari makanan. Barangkali teman syabab kami yang sememangnya belajar di University of Jordan melihat kami sedikit lost, maka ditemankan kami ini. Terima kasih Hasnan. Silap besar sebab membantu untuk membelikan kebab kabdah. Kabdah itu hati ayam. Aku dan Lina hanya mampu tersenyum.

Seterusnya ke Mujamma' Amman di Irbid. Waktu itu sudah isya'. Ternyata setelah beberapa minit mencari teksi untuk ke masjid Jami'ah Yarmouk, kami mendapat teksi yang mana drebarnya adalah senior lepasan Universiti Mu'tah, takhassus tarbiyah riyadhiyyah atau sport science. Walaupun sudah di Irbid, perbualannya sangat seperti di Mu'tah. Terima kasih kepada Zubair yang murokibkan kami sampai ke sakan kuning. Dengan kejayaan syabab itu mendapat tanzilat dengan drebar itu untuk bayar 1 JD sahaja dan pusing-pusing mencari jalan ke sakan. Terbaik. Jzkk.

CONTENGAN

Seterusnya, di sakan kuning sempat aku bayang-bayangkan di kepala untuk contengan jalanan aku. Tetapi apakan daya, berjumpa dengan kawan-kawan kesayangan, tentunya sangat banyak bertukar cerita. Apa lagi apabila bertemu Hafizah, aku sangat terhibur dan merindu Kak Nur di Malaysia.

Keesokannya, kami ke LANCER. Program tahunan Kelab Peguam Muda Jordan. Hakikatnya, aku tidaklah bergitu tertarik tentang guaman, tetapi topik LANCER tahun ini yang sangat menarikku untuk ke Irbid. Tentang Natrah. Tragedi Natrah. Setelah pencerahan dalam program ini, baru aku jelas dan faham bahawa bukanlah Natrah itu yang harus kita tangiskan, tetapi semangat kasihkan agama kita itu yang harus dilonjakkan.

Hampir saja aku ingin nukilkan puisi tentang Natrah, namun atas rasional itu yang Datin Seri Fatini sendiri bentangkan dan murnikan, maka aku semakin faham bahawa aku harus sayaplebarkan Islam, bukan tangisdurjakan Natrah. Alhamdulillah.

PUISI DI SISI PERJALANANKU (I)

sebelum akhir kita bersama
di cebis masa kita kembara
ada hikmah yang terbit nyata
jelma hadir menyertai makna

Raehan Intisor
021213


Sunday, December 1, 2013

| ini bukan kali pertama

Bismillahirrahmanirrahim

Andai dihitung aku pun tidak pasti ini blog yang ke berapa bagi aku. Kerana blogging ini satu aktiviti yang sangat unik dan sentiasa berubah, maka kependudukan aku dalam satu url juga selalu berubah. Alasan mungkin.

Namun satu perkara yang jelas aku lihat sangat penting dalam blogging ini ialah: istiqamah.

Siapa aku? Di mana aku? Kenapa aku?

Akan kucuba puisikan cerita-cerita hidupku di sini biiznillah :)

Salam sayang dari Mu'tah, Jordan.

Raehan Intisor