Wednesday, June 25, 2014

| momento

Kisah & Momento Madinatun Nabi (Ukhti2Syurga)

"Enti, nanti teman ana ye? Tolong ana, ana ni kecik" seolah bercanda, dalam senyumnya. Aku ingat lagi, itu malam terakhir di situ. Di tanah itu.

Aku melihat dia senyum ikhlas, dia berkerudung putih. Puas aku cari senyum itu sebenarnya sejak awal musafir bermula hinggalah tiba di situ. Dia teramat sangat sibuk untuk menguruskan penempatan semua orang yang turut serta.

Aku angguk.
"Lama tak nampak awak senyum!" aku seloroh di depannya. Dia cuma senyum. Sama.

Sambil menunggu giliran kami, kami perlu duduk di tempat yang disediakan untuk maliziy. Hening. Mungkin aku yang banyak termenung. Tidak semena-mena, sunyi itu dipecahkan dengan sentuhan sirah yang dia hadami dengan hati. Aku jadi sangat malu dan cemburu.

Dia cuba membuat aku membayangkan kedudukan rumah nabi yang asalnya berdasarkan raudhah. Dia cuma menggambarkan di depanku tentang perang uhud. Tentang hijrah. Tentang masjid nabawi yang dibangunkan seiring zaman. Tentang pemergian nabi. Tentang sirah yang bagiku tiada yang tidak menyebakkan. Hmm.

"Siapa dia sahabat yang digelar syahid yang hidup?"
"Thalhah!" *yakin*
"Ye ke?"

Eheh, pandai dia menguji. Begitulah saat-saat malam itu. Aku seka air mata.

"Enti nanti tolong ana eh?" dari raut wajah yang bahagia memang nampak yang dia masih penat.
Aku mengangguk dan lirihnya; in sha Allah.

Malam itu memang sangat amat padat. Maliziy, dengan Turki dan negara lainnya. Siapa yang tidak rindu? Aku, dia, semua; adalah umat yang rindu.

Saat memijak begitu hampir dan dekat, aku jadi terdiam. Dia juga. Menangis dalam diam. Karpet hijau. Dunia seolah terhenti dan aku tidak mendengar apa-apa walaupun hakikatnya sangat riuh. Entah bagaimana.

"Awak, jom doa banyak kat sini" sempat aku membisik. Masa tu sangat amat hampir.
Hening sebentar.
"Enti, nak baca doa apa ye? Hmm, jom baca doa rabithah..."
Aku angguk.

Tunduk. Kami sama menuturkan doa itu. Aku memeluknya supaya dia tidak tercedera atau apa-apa. Peluk kuaterat, Sebak. Doa itu terlalu syahdu...

Bila baca doa tu, aku jadi terbayang-bayang saat pengorbanan nabi yang sangat banyak. Semua macam deruderu pada kilas ingatan. Baginda terlalulalu banyak mencurah cinta. Teringat thaif teringat madinah teringat makkah teringat gua hira' teringat semuasemua tu. Aku malu, kerana aku membayang diri yang hanya apa adanya, sudahnya terlalu pula mengharap syafaat nabi. Hmm.

"Enti nak solat sini tak?" aku menggeleng kerana aku tak mahu dia bersusahpayah. Dalam hati aku tekad "not to hurt anyone", walau macam mana pun jadi. Dapat genggam tangan dia sampai ke situ pun seperti syurga ukhuwwah rasanya. Terima kasih ya Allah.

Itu malam yang sangat momento. Usai sahaja ziarah itu, kami melihat dari kejauhan kubah hijau itu, di menyentuh tentang kitab Muntholaq apabila aku tuturkan pandanganku tentang apa yang aku lihat, dan 'wasiat'kan aku untuk membacanya. Lalu dia pergi kerana terpaksa pulang ke hotel lebih awal.

Aku bersyukur dan aku rindu. Aku dah lama nak tulis ni. Biar jadi tanda istimewa.

Alhamdulillah untuk seorang 'kesayanganku'. Eheh.

(':

*dia back-for-good ogos nanti. in sha Allah. dan aku dah mula rindu dia walaupun dia masih ada kat sini. aku sangat suka dengar dia cakap sebab semua macam mutiara. dan kalau dia rasa macam mana sekali pun, dia tetap akan sabar. (: eheh. jzkk menerima aku seadanya*

49: 10

43: 67

#road2syurga #masjidnabawi #rindu

No comments:

Post a Comment